Assalamualaikum
Hari ini nak becerita tentang Pantai Kelanang. Pantai ini dibuka untuk orang awam pada tahun 2004 (kalau tak silap). Dahulunya tempat ini adalah kolam ternakan udang harimau. Pada masa itu (1992 – 1998) kawasan itu (sekarang Pantai Kelanang) menjadi kegilaan pengusaha yang berlumba-lumba mengusahakan ternakan udang harimau. Tempat itu juga, adalah tempat melepak penulis semasa remaja (masa itu bukan Pantai Kelanang) menghirup ais kepal sambil menikmati keindahan alam.
Pantai Kelanang berintergrasi dengan Pantai Morib. Pantai ini dibangunkan oleh Kerajaan Selangor (BN) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan. Pada masa pembukaannya pantai ini sangat cantik dengan panorama menghadap laut yang mempesona, pemandangan melalui pokok-pokok kayu bakau yang mendamaikan dengan erti kata lain memang sangat sesuai untuk tujuan perkelahan, perkhemahan dan fotografi. Dalam perancangan asal kawasan ini akan menerima banyak projek pembangunan seperti pembinaan hotel dan chalet.
Tetapi sayang, sejak Kerajaan Selangor beralih ke Pakatan Rakyat (PR), kawasan pantai tidak berjaga. Agak kotor, tidak bersih dan berbau. Mungkin visi kerajaan Selangor sekarang tidak sama dengan Kerajaan terdahulu. Apa pun penulis berharap walau sesiapa pun yang memerintah atau dipilih rakyat, janganlah abaikan prasarana dan kemudahan yang disediakan. Yang menikmatinya pun bukan orang lain, rakyat Malaysia juga