Khamis, 23 Oktober 2014

Bersama KPNKK

Bangunan KPDNKK

Assalamualaikum w.b.t

Teman rasakan cepatnya masa berlalu, rupanya-rupanya sudah setahun teman di KPDNKK ni. Pada permulaannya agak kekok untuk menerima suatu perubahan dalam dalam hidup, dengan budaya kerja yang baru, kawan-kawan yang baru disebabkan mungkin terlalu lama disuatu tempat itu, kita mungkin sudah terbiasa dengan corak dan budaya kerja ditempat lama

Tetapi Alhamdulillah, teman dapat mengharunginya dengan tenang, walaupun terdapat cabaran dan rintangan dalam menjalankan tugas demi Agama, Bangsa Dan Negara. Bekerja dimana pun sama sahaja, asalkan kita tidak menyombong dan membawa perangai atau sikap yang tidak elok.Bekerja ditempat baru juga, memberikan kita persekitaran yang lebih segar dan memberikan motivasi yang lebih baik.

Pengajaran yang berguna yang teman dapat dalam pembaharuan ini adalah, jangan terlalu lama di sesuatu tempat itu, kita perlu mencari sesuatu yang baru, yang boleh memberikan kita pengalaman dan pengetahuan yang baru. Dalam erti kata lain, jauh perjalanan luas pemandangan, mungkin ungkapan itu lebih kepada mengembara ke tempat orang, tetapi bagi teman, ungkapan ini juga sesuai untuk mereka yang mencari perubahan dalam hidup atau di tempat kerja.

Perdana Menteri Berkata TRANSFORMASI, Dalam Islam pula adalah HIJRAH.... bagi teman ungkapan sahaja berbeza, tetapi maksudnya adalah sama..

Adios Amigos........

Rabu, 22 Oktober 2014

Masjid Putra


"Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan PutrajayaMasjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya.Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Bangunan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya" - Wikipedia

Menjadi tumpuan pelancong asing
Ruang solat yang indah dan mempersonakan.. karpet baru ganti

Persekitaran luar masjid

Pemandangan dari Selera Putra

Jumaat, 18 Januari 2013

XPDC ke Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum

Sudah lama benar, saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan tidak berminat dengan penulisan, cuma kekangan masa dan idea yang kurang menyebabkan laman blog ini tidak dilawati. Kali terakhir saya menulis adalah tahun lepas. Bayangkanlah sudah lama saya tidak melawat dan menulis dalam blog ini. Kali saya berkongsi XPDC saya ke Kuala Kubu Bharu.

Perjalanan Dari Banting - Kuala Kubu Bharu mengambil masa 2 jam, itu pun saya menaiki pengangkutan awam sahaja. Saya gemar menaiki tren, bagi saya, dengan tren saya dapat melihat pelbagai panorama alam dan ragam manusia di sepanjang perjalanan dari setiap sudut. Sampai di sana saya di sambut oleh kawan lama, Abdul Aziz Bin Abdullah. Beliau adalah bekas PKS (Pekerja Khidmat Singkat) di Bahagian Perkhidmatan, JPA. Sekarang Bertugas sebagai guru KAFA di sebuah sekolah di Kuala Kubu ini.

Saya ceritakan serba sedikit Kuala Bubu ini, menurut sejarah, Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah pecah dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya.

Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4m. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ranking turut terkorban. 


Kedai lama yang dijadikan lokasi penggambaran filem Baik Punya Cilok 


















Tempat Aktiviti Rafting
































Air Terjun Peretak

Air Terjun Peretak

Saya bersama Cikgu Aziz





















































Selasa, 21 Februari 2012

PANTAI KELANANG

Assalamualaikum

Hari ini nak becerita tentang Pantai Kelanang. Pantai ini dibuka untuk orang awam pada tahun 2004 (kalau tak silap). Dahulunya tempat ini adalah kolam ternakan udang harimau. Pada masa itu (1992 – 1998) kawasan itu (sekarang Pantai Kelanang) menjadi kegilaan pengusaha yang berlumba-lumba  mengusahakan ternakan udang harimau. Tempat itu juga, adalah tempat melepak penulis semasa remaja (masa itu bukan Pantai Kelanang) menghirup ais kepal sambil menikmati keindahan alam.

Pantai Kelanang berintergrasi dengan Pantai Morib. Pantai ini dibangunkan oleh Kerajaan Selangor (BN) dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan. Pada masa pembukaannya pantai ini sangat cantik dengan panorama menghadap laut yang mempesona, pemandangan melalui pokok-pokok  kayu bakau yang mendamaikan dengan erti kata lain memang sangat sesuai untuk tujuan perkelahan, perkhemahan dan fotografi. Dalam perancangan asal kawasan ini akan menerima banyak projek  pembangunan  seperti pembinaan hotel dan chalet.

Tetapi sayang, sejak Kerajaan Selangor beralih ke Pakatan Rakyat (PR), kawasan pantai tidak berjaga. Agak kotor, tidak bersih dan berbau. Mungkin visi kerajaan Selangor sekarang tidak sama dengan Kerajaan terdahulu. Apa pun penulis berharap walau sesiapa pun yang memerintah atau dipilih rakyat, janganlah abaikan prasarana dan kemudahan yang disediakan. Yang menikmatinya pun bukan orang lain, rakyat Malaysia juga



Jumaat, 17 Februari 2012

Bolasepak & Rasuah


Assalamualaikum w.b.t

Arena sukan di Malaysia, digemparkan lagi dengan isu rasuah yang melibatkan beberapa individu dan pemain.  Ia melibatkan beberapa buah negeri. Seorang jurulatih digantung seumur hidup dan beberapa pemain kebanyakannya skuad Piala Presiden menerima hukuman  1 hinggan 5 tahun penggantungan. Apa yang dikesalkan adakah mereka ini (pemain) tidak mengambil pelajaran dari apa yang berlaku pada era 90an dimana kebanyakan pemain pada masa itu adalah pemain kebangsaan. Adakah mereka ini tamak?

Sebagai peminat bolasepak tanahair, keadaan ini cukup mengecewakan, kerana kami sebagai peminat, penonton dan penyokong merasakan tertipu dengan apa yang di persembahkan diatas padang dengan (kata lain macam menonton perlawanan gusti WWE) Peminat sanggup berhabis duit, nak pula mereka yang duduk di pedalaman atau yang jauh dari kota, untuk datang ke stadium menyokong pasukan kegemaran mereka. Malah ada yang menubuhkan pasukan penyokong  yang dinamakan ULTRAS. Mungkin disetiap negeri telah menubuhkan ULTRAS masing-masing. Ini menunjukkan bahawa peminat bolasepak di Malaysia sudah mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Liga Malaysia. Tetapi apabila kes rasuah berlaku kembali, ia boleh menghakis  kepercayaan peminat.

Kepada FAM, tanganilah kes ini dengan sebaiknya. Jangan membiarkan kes ini menjadi barah yang merosakkan imej bolasepak Negara. Peminat sudah mula untuk menyokong skuad Negara dan menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kita dilandasan terbaik untuk mengembalikan GENARASI EMAS pada era 60an, 70an & 80an. Kepada FA negeri, janganlah membiarkan pemain tidak bayar gaji. Bayar gaji seperti yang ditetapkan, jika tidak perkara sama akan berulang dan ini akan membuatkan pemain akan mengambil rasuah. Kepada pemain-pemain, ingatlah bahawa rezeki yang baik, akan memberi pulangan yang baik, beringatlah bahawa masa depan bolasepak Malaysia berada di tangan anda. Kami peminat tidak mahu lagi gejala rasuah ini membelenggu kerancakkan Liga Malaysia pada masa ini

Adios Amigos

Khamis, 16 Februari 2012

The Sad Day Of My Life

Assalamualaikum
Tanggal 15 Februari 2012 (Rabu), Aku kehilangan seorang bapa saudara yang aku hormati dan kasihi, Tajul Ariffin Bin Wee. Punca kematian adalah disebabkan oleh serangan jantung, waktu itu baru sahaja pulang setelah selesai menjalankan tugas sebagai pemandu ambulan di Hospital Serdang. Sebenarnya aku maklum dengan kesihatan dirinya yang mempunyai 2 penyakit iaitu Kencing Manis & Darah Tinggi. Sebelum kematiannya , arwah telah dimasukkan kedalam wad selama lebih kurang 2  minggu disebabkan sesak nafas.
Aku terasa sangat kehilangannya. Aku adalah antara anak saudara yang rapat dengannya. Aku teringat kembali kenangan bersama arwah semasa kecil dahulu. Semasa Arwah bekerja di Hospital Teluk Intan, beliau selalu datang ke rumah keluarga aku di Banting, disebabkan antar Ibu dan Arwah sangat rapat. Arwah banyak memberi nasihat dan bantuan. Ibu selalu berpesan supaya mencontohi arwah antaranya tidak merokok.
Semenjak beberapa tahun yang lepas, antara Ibu dan arwah tidak rapat seperti dulu, disebabkan oleh beberapa perkara yang sukar untuk dinyatakan. Ini menyebabkan antara kami tidak dapat tahu antara sama lain dari segi komunikasi dan perhubungan. Hanya melalui orang ketiga sahajalah aku dapat mrngetahui hal ehwalnya.
Kepada ahli keluarganya, saya mengucapkan Takziah, dan semoga dengan perjumpaan tempoh hari mengeratkan semula ikatan persaudaraan yang lama terlerai
AL-FATIHAH

Bengkel Pemantapan Bahagian Perkhidmatan, JPA

Assalamualaikum

Hai.

Hari isnin (13/2/2012) lalu, aku cuti kerana kepenatan setelah selesai menghadiri Bengkel Pemantapan BK 2012. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyatukan semua Cawangan di dalam BK ini yang agak berpecah (aku rasa la) atau dengan kata lain mengamalkan fahaman Assabiyah (berpuak-puak). Tahniah kepada Y. Bhg Dato' PBK kerana  ketegasan beliau semua Cawangan di bawah BK walaupun tidak semua , dapat hadir