Assalamualaikum
Sudah lama benar, saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan tidak berminat dengan penulisan, cuma kekangan masa dan idea yang kurang menyebabkan laman blog ini tidak dilawati. Kali terakhir saya menulis adalah tahun lepas. Bayangkanlah sudah lama saya tidak melawat dan menulis dalam blog ini. Kali saya berkongsi XPDC saya ke Kuala Kubu Bharu.
Perjalanan Dari Banting - Kuala Kubu Bharu mengambil masa 2 jam, itu pun saya menaiki pengangkutan awam sahaja. Saya gemar menaiki tren, bagi saya, dengan tren saya dapat melihat pelbagai panorama alam dan ragam manusia di sepanjang perjalanan dari setiap sudut. Sampai di sana saya di sambut oleh kawan lama, Abdul Aziz Bin Abdullah. Beliau adalah bekas PKS (Pekerja Khidmat Singkat) di Bahagian Perkhidmatan, JPA. Sekarang Bertugas sebagai guru KAFA di sebuah sekolah di Kuala Kubu ini.
Saya ceritakan serba sedikit Kuala Bubu ini, menurut sejarah, Pekan Kuala Kubu telah dibuka pada kurun ke 18 oleh orang-orang Melayu yang menjalankan kegiatan melombong bijih timah. Sebuah empangan besar untuk kegunaan kerja-kerja melombong telah dibina di daerah ini. Pada 24 Oktober 1883 Empangan Kuala Kubu ini telah pecah dan menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya.
Peristiwa Empangan Kuala Kubu yang pecah ini penting dicatatkan kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnya pekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Tragedi pecahnya empangan Kuala Kubu ini juga dikenali sebagai `Sejarah Kuala Kubu'. Akibat dari kejadian ini Kuala Kubu sebagai sebuah mukim, pekan dan pusat pentadbiran jajahan Hulu Selangor telah tenggelam. Pusat pentadbiran tersebut telah dipindahkan ke Rasa buat sementara waktu. Empangan yang roboh itu panjangnya kira-kira 1.6km dan lebarnya melebihi 91.4m. Ia dibuat daripada batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangi Sungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. Kejadian ini telah mengorbankan nyawa dan harta benda. Seramai 33 orang termasuk Pegawai Daerah dan Majistret berbangsa Inggeris bernama Cecil Ranking turut terkorban.
Kedai lama yang dijadikan lokasi penggambaran filem Baik Punya Cilok |
Tempat Aktiviti Rafting |
Air Terjun Peretak |
Air Terjun Peretak |
Saya bersama Cikgu Aziz |
Bukan guru kafa tp jqaf.he3. Tahniah shbt truskn brbloging.
BalasPadam