Rabu, 10 Ogos 2011

Pengangkutan Awam Tren

Assalamualaikum



Kali ini penulis ingin berkongsi cerita tentang pengangkutan awam. sejak dulu lagi penulis pergi bertugas di Putrajaya hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu Bas. Ini kerana jarak tempat tinggal dengan tempat bertugas terlalu jauh. Memandangkan masa tu penulis hanya ada motosikal sahaja..nak berulang naik motosikal penat...pilihan yang ada adalah bas...hampir 10 tahun jugak la naik ...


Dalam banyak-banyak pengangkutan awam saya penulis suka adalah TREN. Semasa penulis menyertai lawatan sambil belajar ke Jepun tahun 2006 dahulu, penulis amat teruja dengan sistem pengangkutan awam yang sangat efisyen disana. Selain Tren Komuter, Mereka juga ada Tren Subway (Tren Bawah Tanah) yang menghubungkan tren komuter utama & Shinkansen (Keretapi Laju).Di Jepun tren adalah pengangkutan awam utama, Ia memudah urusan seharian, Orang Jepun tak perlu berasak-asak menaiki tren (tidak seperti di Komuter di Malaysia) setiap 2 minit tren pasti tiba tanpa ada masalah.

JR Yamanote Line..Tren Terpenting di Tokyo

Berbalik kepada sistem tren di Malaysia. Kita ada KTM Komuter, LRT (Aliran Ampang & Aliran Kelana Jaya), Monorel serta ERL. Baru-baru Kerajaan Malaysia mengumumkan projek MRT untuk kemudahan penduduk di sekitar 'GREATER KL'. Masalah di Malaysia adalah Tren terlalu padat (KTM Komuter) jadual perjalanan yang tidak menentu , dengan pengumuman set komuter yang baru diharap dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sekarang.


KTM Komuter akan diganti?

Isnin, 8 Ogos 2011

Pengenalan Diri

Assalamualaikum

Sebelum saya menulis dalam blog ini...terlebih dahulu saya memperkenalkan diri

Nama: Mohd Rashdan bin Abdul Latif
Berasal: Banting Selangor

saya cuba berikan yang terbaik dalam dunia penulisan. sememangnya saya bukanlah pandai sangat dalam menulis dan mengarang blog ni. Saya akan cuba memberikan pendapat atau perjalanan seharian yang ada kaitan dengan dengan diri saya. Saya sebenarnya telah diberi dorongan oleh sahabat saya iaitu Ustaz Abdul Aziz (seorang Cikgu) yang mengajar di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu untuk menulis blog, nak dengar cerita saya katanya.

Apa saya harap pembaca terhibur....