Kali ini penulis ingin berkongsi cerita tentang pengangkutan awam. sejak dulu lagi penulis pergi bertugas di Putrajaya hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu Bas. Ini kerana jarak tempat tinggal dengan tempat bertugas terlalu jauh. Memandangkan masa tu penulis hanya ada motosikal sahaja..nak berulang naik motosikal penat...pilihan yang ada adalah bas...hampir 10 tahun jugak la naik ...
Dalam banyak-banyak pengangkutan awam saya penulis suka adalah TREN. Semasa penulis menyertai lawatan sambil belajar ke Jepun tahun 2006 dahulu, penulis amat teruja dengan sistem pengangkutan awam yang sangat efisyen disana. Selain Tren Komuter, Mereka juga ada Tren Subway (Tren Bawah Tanah) yang menghubungkan tren komuter utama & Shinkansen (Keretapi Laju).Di Jepun tren adalah pengangkutan awam utama, Ia memudah urusan seharian, Orang Jepun tak perlu berasak-asak menaiki tren (tidak seperti di Komuter di Malaysia) setiap 2 minit tren pasti tiba tanpa ada masalah.
JR Yamanote Line..Tren Terpenting di Tokyo
Berbalik kepada sistem tren di Malaysia. Kita ada KTM Komuter, LRT (Aliran Ampang & Aliran Kelana Jaya), Monorel serta ERL. Baru-baru Kerajaan Malaysia mengumumkan projek MRT untuk kemudahan penduduk di sekitar 'GREATER KL'. Masalah di Malaysia adalah Tren terlalu padat (KTM Komuter) jadual perjalanan yang tidak menentu , dengan pengumuman set komuter yang baru diharap dapat mengurangkan masalah yang dihadapi sekarang.
KTM Komuter akan diganti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan