Assalamualaikum
Tahun ini genaplah 10 tahun aku berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kalau di imbas pengalaman suka dan duka memang banyak. Pada mulanya, aku tak berminat untuk berkhidmat dengan JPA, oleh sebab aku ni membuat penangguhan melapor diri, maka dengan sendirinya tempat aku di SPA di isi oleh orang lain. Mana taknya, orang dah racun pemikiran aku..(orang tu pun sama lantikan dengan aku) menyatakan berkhidmat dengan JPA ni banyak kerja...(masa tu aku berfikir nasib baik dapat SPA)
Bila datang untuk melapor diri semula...aku di tempatkan di JPA....masa tu bederau darah aku ni....nak marah pun ade...tapi nak buat macam mana, ketentuan Ilahi mengatasi segalanya. Rupanya-rupanya rezeki aku murah kat JPA ni. Dapat pegi Jepun, dapat APC. Yang penting aku mengenal erti bekerja dalam erti kata sebenar. Pengalaman selama 10 ni, banyak membentuk diri aku yang sebenar. buat sementara ni (ketika tulisan ini buat) aku tak terfikir untuk bertukar, kerana aku sayang nak tinggalkan JPA ni. Tapi aku tidak akan berada selama-lamanya disini. satu hari aku akan bertukar juga. Biarlah masa menentukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan